Rayer
RSN Rayer.

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Parlimen di blok kerajaan menyarankankan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan satu lagi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH).

RSN Rayer (PH-Jelutong) berkata, cadangan itu dibuat kerana beliau berpandangan laporan RCI yang sedia ada tidak lengkap berikutan terdapat beberapa nama tertentu yang didakwa tidak dimasukkan dalam laporan berkenaan.

Beliau mendakwa, keadaan itu menimbulkan persoalan sama ada terdapat pihak tertentu yang cuba dilepaskan daripada pertanggungjawaban, justeru satu RCI baharu perlu diwujudkan untuk menjalankan siasatan secara lebih menyeluruh.

“Saya menuntut supaya satu lagi Suruhanjaya Diraja diadakan. Dan dalam suruhanjaya itu kalau perlu disyorkan mana-mana pihak yang bertanggungjawab serta tindakan-tindakan termasuk menuduh mereka (di mahkamah),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH di Parlimen, hari ini.

Rayer turut menuntut agar ketua audit negara pada ketika itu turut disiasat kerana telah mengeluarkan sijil bersih bagi menunjukkan kononnya tidak berlaku penyelewengan ketika itu.

“Ini merupakan salah guna kuasa yang serius,” dakwa beliau.

Dalam pada itu, Rayer menggesa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bermuhasabah susulan isu berkenaan berlaku ketika era pentadbiran parti itu.

“Jangan kerana kerakusan kuasa mahu menang pilihan raya, di Dewan Rakyat kita boleh duduk bersama, tetapi apabila turun ke padang menghadapi pilihan raya, mengambil tindakan menghentam parti DAP dengan menuduh yang bukan-bukan.

“Sedangkan isu seperti yang berlaku ini adalah pada era pentadbiran mereka,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.