Gambar hiasan

SHAH ALAM –  Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Indonesia dikenali sebagai ‘Balancing’ bagi membantu siasatan kes bunuh yang berlaku di Banting, Kuala Langat baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, lelaki berkenaan dipercayai mempunyai maklumat berkaitan kejadian terbabit.

Menurutnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat kini menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Seorang saksi lelaki warganegara Indonesia yang dikenali dengan nama ‘Balancing’ dipercayai mempunyai maklumat berkaitan kejadian.

“Kita memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu terbabit supaya tampil ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Akmalrizal berkata, orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan.

Polis bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kes bunuh berkenaan termasuk identiti mangsa serta bila kejadian itu berlaku. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast