ISKANDAR PUTERI – Seorang remaja lemas ketika mandi bersama-sama rakan dalam sungai berhampiran Masjid Ulu Pulai, Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah di sini hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nanas, Pegawai Bomba Kanan I Md Bakhtiar Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 6.15 petang dan serentak itu seramai 17 anggota dibantu empat jentera dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya 15 kilometer.
Daripada keterangan saksi, mangsa yang berusia 15 tahun bersama-sama rakan mandi telah sungai.
Bagaimanapun, mangsa dipercayai tidak munculkan diri semasa menyelam.
Orang awam yang mendapat tahu kejadian itu telah melakukan mencari mangsa di permukaan air.
“Pasukan bomba kemudian membuat pencarian di lokasi terakhir mangsa dipercayai dilihat.
“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) yang membuat selaman dan berjaya menemui mangsa berada di dasar sungai pada kedalaman 4 meter dengan jarak kira-kira 2 meter dari tebing sungai,” katanya dalam kenyataan.
Mangsa ditemui pukul 10.05 malam dan mayat diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat selesai pukul 10.30 malam tadi.- MalaysiaGazette
















