Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban.

PUTRAJAYA –  Semua pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang diluluskan secara tidak sah oleh sindiket Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMS) telah disenaraihitam dari diperbaharui.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, ia kerana PLKS yang tidak sah itu dipercayai telah menggunakan paparan maklumat palsu susulan pelaksanaan operasi dan serbuan dilakukan.

“Berkaitan dengan PLKS yang diluluskan secara tidak sah telah diambil tindakan dengan menyenaraiitamkan semua pemegang yang terlibat dimana mereka tidak boleh melakukan sebarang transaksi atau urusan.

“Kecuali sekiranya mereka ada pertanya dan sebagainya, perlu merujuk terus di kaunter imigresen yang berkaitan dan kita juga telah kenal pasti beberapa pemegang PLKS yang tidak sah itu.

“Kita telah melaksanakan beberapa serbuan dan mendapati premis serta maklumat majikan yang tertera adalah berbeza berbanding di PLKS,” katanya dalam sidang media di Kompleks Setia Perkasa di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, sehingga kini tiada sebarang tangkapan baharu direkodkan berkaitan dengan Op Crack dan JIM akan meneruskan siasatan termasuk mengenal pasti maklumat baharu untuk tindakan lanjut.

“Tangkapan terbaharu kira-kira dua minggu lalu membabitkan tiga pegawai Imigresen yang disyaki terlibat dalam rangkaian sindiket berkenaan dan tindakan lanjut sedang dilakukan. ,” ujarnya.

Jelasnya beliau, susulan tangkapan tiga pegawai berkenaan menjadian jumlah keseluruhan individu yang ditahan berkaitan Op Crack kini meningkat kepada 14 orang.

Sebelum ini, media melaporkan Op Crack dilaksanakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama JIM bermula 28 Julai bertindakan menahan lebih 10 individu melibatkan pengarah syarikat, warga asing, pegawai polis serta pegawai Imigresen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast