Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang disyaki terlibat dalam kes ugutan jenayah dan mencederakan rakan sekerjanya di Hospital Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia lingkungan 20-an berada di bilik rehat sebelum didatangi suspek yang dikenalinya.

Menurutnya, suspek dipercayai meninggikan suara terhadap mangsa susulan perselisihan faham sebelum menolak dan menendangnya sehingga menyebabkan mangsa mengalami kesakitan pada bahagian badan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau menahan suspek bagi membantu siasatan.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak secara melulu atau menggunakan kekerasan ketika berdepan perselisihan faham, sebaliknya menyelesaikannya melalui saluran yang betul. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here