Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan dasar ketika hadir pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di Melaka International Trade Center (MITC), Ayer Keroh. Foto MOHD ADZLAN, 15 OGOS 2026.

AYER KEROH – Cadangan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan dibawa ke mesyuarat Kabinet Rabu depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan sebahagian usaha kerajaan melakukan pembaharuan dalam sektor pendidikan tinggi.

“Saya akan bawa ke mesyuarat Kabinet Rabu depan,” katanya dalam sidang media selepas selesai menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PKR di Melaka International Trade and Exhibition Centre (MITC), hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Anwar mengumumkan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30).

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, biarpun beberapa pindaan sudah dibuat sebelum ini, namun ada perkara yang masih belum memuaskan mahasiswa.

AUKU yang diperkenalkan pada tahun 1971 sudah tujuh kali dipinda iaitu pada 1971, 1975, 1983, 1996 dan 2009.

Pada  pindaan tahun 2012, AUKU membenarkan mahasiswa menyertai kegiatan anjuran parti politik di luar kampus.

Pindaan terbaharu pada 2024 menyaksikan tindakan tatatertib ke atas pelajar di universiti awam tidak lagi tertakluk di bawah kuasa naib canselor, sebaliknya akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar iaitu menerusi pindaan Seksyen 16B AUKU. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here