Seorang pekerja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang maut selepas tudung dipakainya terbelit pada ‘roll gate’ di Kunci Air Grand Sabak Hotel, sedang bertugas ketika kejadian berlaku, semalam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, mangsa yang berusia 55 tahun bekerja sebagai penjaga kunci air JPS Sabak Bernam.















