KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan DAP tidak akan membuat keputusan keluar daripada Kerajaan Persekutuan hari ini.
Sebaliknya, menurut beliau, rakyat yang akan mengeluarkan DAP daripada Kerajaan Persekutuan.
“DAP tidak akan keluar kerajaan hari ini. Hanya wayang opera sahaja. Rakyat yang akan keluarkan mereka,” katanya ringkas menerusi Facebooknya hari ini.
Hari ini, seramai 4,264 perwakilan daripada 1,704 cawangan DAP akan membuat keputusan sama ada parti itu akan terus kekal atau memilih untuk keluar daripada Kerajaan Persekutuan pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – MalaysiaGazette
















