Young Syefura Othman

KUALA LUMPUR – Tindakan merosakkan mana-mana rumah ibadat atau perbuatan vandalisme tidak boleh diterima sama sekali.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, ia merupakan satu perbuatan melampau yang berpotensi menggugat keharmonian serta ketenteraman masyarakat pelbagai kaum khususnya di Bentong.

Terdahulu, katanya, beliau memandang serius kejadian vandalisme patung dan struktur di sebuah rumah ibadat bukan Islam yang berlaku di Bukit Tinggi, Bentong.

Jelasnya, beliau difahamkan rumah ibadat tersebut tiada kelulusan pembinaan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan tiada kelulusan aktiviti oleh Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Pahang.

“Saya menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat tidak sahih, atau mengambil tindakan sendiri yang boleh mengganggu siasatan pihak polis serta menimbulkan ketegangan awam,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah Young Syefura, beliau percaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan secara mendalam dan teliti bagi mengenal pasti serta menangkap mana-mana pihak yang bertanggungjawab di sebalik insiden itu.

“Bulan Kebangsaan adalah bulan yang bermakna dan istimewa untuk semua rakyat Malaysia.

“Kepelbagaian budaya, agama dan latar belakang adalah kekuatan terbesar kita.

“Perpaduan yang kita nikmati hari ini perlu terus dijaga dengan sikap saling memahami dan mengelakkan sebarang anasir yang boleh memecahbelahkan,” katanya.

Terdahulu, Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata, pihaknya menerima tiga laporan berkaitan kejadian struktur patung rumah ibadat bukan Islam dirosakkan di Bukit Tinggi, Bentong, kelmarin.

Azry Akmar menegaskan, pihaknya memandang serius kejadian itu dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca serta pihak yang terlibat. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here