Dr Helmi Ibrahim

KUALA LUMPUR – Majlis Ekonomi Halal (MEH) mengambil serius kebimbangan yang dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkaitan isu kemasukan dan perdagangan produk babi melalui Pelabuhan Klang.

Setiausaha Agung MEH, Dr Helmi Ibrahim berpandangan isu itu perlu dilihat lebih jauh daripada soal perdagangan semata-mata.

“Persoalan utama, apakah mesej yang Malaysia mahu hantar kepada dunia jika kita mahu menjadi global hub tetapi pada masa yang sama Pelabuhan Klang dikaitkan dengan cadangan menjadikannya hab perdagangan atau eksport babi?” soalnya dalam kenyataan.

Menurut Helmi, Pelabuhan Klang antara pintu utama perdagangan antarabangsa Malaysia.

Jika benar terdapat cadangan menjadikannya hab eksport babi, MEH meminta kerajaan memberikan penjelasan rasmi mengenainya.

“Siapa yang mengemukakan cadangan tersebut? Apakah bentuk dan skop cadangan itu dan adakah ia melibatkan eksport, transit atau aktiviti logistik?” soalnya.

Selain itu, apakah implikasinya kepada Malaysia sebagai global halal hub, soalnya.

MEH seterusnya menegaskan bahawa pendiriannya bukan bertujuan mengharamkan perdagangan yang dibenarkan undang-undang tetapi isunya
Malaysia telah mengambil masa puluhan tahun membina kepercayaan dunia terhadap Halal Malaysia.

Pelabuhan, logistik dan rantaian bekalan juga merupakan sebahagian daripada ekosistem ekonomi halal.

MEH mencadangkan Pelabuhan Klangi dilengkapi infrastruktur perdagangan halal.

“Jika Malaysia mahu menjadi Global Halal Hub, pembangunan infrastruktur perdagangan strategik negara hendaklah menyokong aspirasi tersebut.

“Jangan kerana keputusan perdagangan yang bersigat sektorak, kita menghantar mesej yang bercanggah dengan brand Malaysia sebagai global halal hub.

“Jika kita mahu Malaysia menjadi Global Halal Hub, jangan kita hantar mesej yang salah kepada dunia,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here