KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur melupuskan 5,022 barang kes dadah bernilai lebih RM5 juta telah dilupuskan, hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, antara dadah yang dilupuskan iaitu methamphetamine, kenabis, kokain, ketamin, air ketum serta pelbagai jenis dadah dengan berat keseluruhan berjumlah 544.28 kilogram (kg) dan 963.34 cecair liter.
“Pelupusan dadah itu membabitkan 4,884 kertas siasatan yang sudah selesai proses pendakwaan di mahkamah dari 2007 hingga 2025.
“Barang kes dadah itu dilupuskan menggunakan khidmat Kualiti Alam Sdn. Bhd berdasarkan kemampuan dan pengalaman syarikat itu.
“Syarikat terbabit difahamkan menggunakan fasiliti terbaharu iaitu ‘scheduled waste to energy’ atau insinerator yang akan dijalankan di Pusat Rawatan sisa Kualiti Alam Sdn. Bhd di Pusat Rawatan Sisa Buklt Pelandok Negerl Sembilan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalan sidang media selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Tambah Fadil, pelupusan itu bukan sahaja memusnahkan dadah, tetapi memutuskan rantaian penyalahgunaan, menutup ruang kebocoran.
Selain itu, beliau menegaskan bahan setiap rampasan yang menjadi barag nkes akan diurus secara telus, terkawal dan berintegriti. – MalaysiaGazette
















