BANGKOK – Susulan siri insiden keganasan termasuk serangan letupan dan pembakaran yang melanda beberapa wilayah di selatan Thailand sejak malam tadi, pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung di seluruh wilayah Narathiwat.
Pasukan keselamatan Narathiwat dalam hantaran di Facebook mengumumkan pelaksanaan perintah itu bermula jam 10.15 malam Sabtu hingga 6 pagi Ahad.
Media tempatan melaporkan, pihak berkuasa turut mengarahkan penduduk supaya berada di rumah dan perlu mendapatkan kebenaran rasmi daripada tentera, polis atau pentadbiran tempatan sekiranya mempunyai urusan mendesak untuk keluar.

Langkah keselamatan ketat itu dilaksanakan susulan insiden keganasan berterusan yang berlaku di Narathiwat, Yala dan Pattani bermula jam 8 malam tadi waktu tempatan.
















