Gambar hiasan

BERA – Polis mengesahkan insiden dalam video memaparkan pelajar dipukul rakan menggunakan raket badminton tular di media sosial selesai secara baik.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, kedua-dua pihak terbabit sudah berbincang dan bersetuju menyelesaikan perkara itu secara kekeluargaan.

Tambahnya polis menerima dua laporan polis berhubung kejadian itu pada 21 Ogos lalu.

“Polis kemudian memanggil kedua-dua pihak untuk mendapatkan keterangan sebelum mereka bersetuju tidak memanjangkan kes berkenaan.

“Kedua-dua pihak telah berbincang dan sepakat untuk tidak memanjangkan kes serta bersetuju menyelesaikan perkara berkenaan sebagai satu keluarga.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi mana-mana pautan video berkaitan di media sosial kerana kes telah selesai di peringkat siasatan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkiflee berkata, orang ramai juga diingatkan supaya tidak menularkan kandungan yang belum disahkan kerana tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya perkongsian berkenaan bersifat palsu, jelik, mengancam atau bertujuan mengaibkan serta mengganggu pihak lain.

Katanya, tindakan turut boleh diambil mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Terdahulu tular video memaparkan seorang pelajar lelaki Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) Triang 2 didakwa dipukul rakannya menggunakan raket badminton yang tular di media sosial mengundang perhatian orang ramai. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here