Polis sedang memburu dua penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam aktiviti lumba haram di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, berkata pihaknya mengesan video berdurasi 33 saat yang tular di Facebook, memaparkan sekumpulan individu dipercayai menutup laluan awam bagi memberi ruang kepada dua motosikal berlumba.















