Swee Sake.

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan seorang lelaki warga Myanmar akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, esok atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superitendan Lee Swee Sake berkata, suspek berusia 30 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan esok,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette

Difahamkan, kejadian berlaku pada 20 Ogos lalu ketika mangsa bersama ibu bapa dan seorang lagi adiknya sedang makan di tapak penjaja sementara di Lorong Baharu, di sini.

Suspek yang bekerja di salah sebuah gerai di kawasan itu berkenaan menghampiri kanak-kanak berkenaan sebelum meraba bahagian kemaluannya.

Bagaimanapun, tindakan suspek disedari keluarga mangsa sebelum membuat laporan polis.

Susulan laporan itu, pihak polis berjaya mengesan dan menahan suspek di lokasi kejadian.

Difahamkan, suspek mengaku meraba kemaluan mangsa kerana menganggapnya kanak-kanak berkenaan comel.

Mangsa difahamkan merupakan anak kepada pasangan warga Australia yang datang ke Malaysia untuk bercuti bersama dua anak mereka pada 19 Ogos lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here