Datuk Jasri Jamaludin dan Datuk Mohd Yazid Mohd Yunus,

KUANTAN – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang, Datuk Jasri Jamaludin (Kuala Sentul) dan Datuk Mohd Yazid Mohd Yunus (Lepar) menyatakan pendirian menyokong kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Pendirian itu dinyatakan menerusi satu kenyataan rasmi bersama kedua-dua ADUN berkenaan hari ini.

Menurut mereka, pendirian tersebut telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan Bersatu dengan mengambil kira keperluan menjamin kestabilan politik di Pahang serta memelihara kebajikan rakyat di kawasan yang mereka wakili.

“Dengan muafakat yang telah dicapai bersama Menteri Besar Pahang, kami percaya bahawa pembangunan dan kesejahteraan rakyat di DUN Kuala Sentul dan DUN Lepar akan diberikan tumpuan oleh Kerajaan Negeri Pahang,” katanya.

Jasri dan Mohd Yazid turut menegaskan mereka akan terus melaksanakan amanah sebagai wakil rakyat dengan sebaik-baiknya serta memberikan kerjasama kepada pentadbiran negeri bagi memastikan pembangunan, kebajikan dan kepentingan rakyat Pahang terus terpelihara.

Kedua-duanya berkata, dalam keadaan politik yang dinamik, kepentingan rakyat, kestabilan negeri dan kelangsungan pentadbiran yang baik perlu sentiasa menjadi keutamaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here