Gambar hiasan

 

SYDNEY – Polis Australia giat memburu sekumpulan pencuri yang melarikan ratusan ribu ekor tiram.

Menurut Polis New South Wales (NSW), kesemua tiram itu dianggarkan bernilai A$350,000 (AS$250,000) dan dicuri dari sebuah ladang tiram berhampiran bandar Taree, di utara Sydney.

Lebih 300 beg mengandungi kira-kira 400,000 ekor tiram dilaporkan hilang dalam kejadian berkenaan.

Polis meminta orang ramai tampil menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan berhubung kecurian itu, yang dipercayai berlaku “awal tahun ini” tetapi hanya dilaporkan kepada pihak berkuasa pada Selasa lalu.

Tiram merupakan antara hidangan popular dalam menu sarapan lewat pagi dan bufet makanan laut di seluruh Australia, dengan jenis tiram tempatan terkenal kerana rasanya yang kaya dan berkrim. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here