WASHINGTON – Legenda muzik country Amerika Syarikat (AS), Dolly Parton meninggal dunia pada usia 80 tahun.
Keluarga mendiang tidak mendedahkan punca kematiannya.
Namun, Parton sebelum ini pernah berkongsi mengenai masalah kesihatannya.
Suaminya, Carl Dean, meninggal dunia tahun lalu.
Pada Mei lalu, Parton mengumumkan pembatalan beberapa siri konsert di Las Vegas atas faktor kesihatan.
Dalam video yang dimuat naik di media sosial, beliau berkata, rawatan bagi penyakit yang tidak didedahkan berjalan dengan baik, namun masih belum bersedia untuk kembali membuat persembahan di pentas.
Parton mempunyai kerjaya selama enam dekad dan menghasilkan kira-kira 3,000 lagu, termasuk balada ikonik I Will Always Love You yang kemudian menjadi kejayaan antarabangsa menerusi nyanyian Whitney Houston.
Beliau menghasilkan 49 album studio serta lebih 100 album kompilasi dan kolaborasi, sekali gus meraih gelaran “Ratu Muzik Country”. – Agensi
















