Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil disaksikan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengerusi TM, Datuk Zainal Abidin Putih menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Peluncuran Sambutan Ulang Tahun ke-80 TM di Dewan Tun Canselor Universiti Multimedia, Cyberjaya. Foto SADIQ SANI, 26 OGOS 2026.

CYBERJAYA – Budaya selesa patut dihentikan kerana amalan tersebut hanya membawa kerugian kepada negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Perdana Menteri berkata, kemusnahan juga boleh berlaku apabila budaya itu sudah menjadikan kebiasaan kepada organisasi yang tidak kisah sekiranya tidak mencapai kejayaan yang diharapkan.

Menurut beliau, satu tekad perlu dilakukan semua pihak untuk melakukan perubahan budaya agar kemajuan negara dapat terus dipacu mengikut peredaran zaman.

“Kadang-kadang ada di agensi, di syarikat, rugi RM10 bilion, RM12 bilion, tapi kita masih kata “okay ni”. Tak apa, biasa sahaja.

“Tak boleh, budaya ini budaya yang akan menyebabkan kita bukan selesa, musnah.

“Sebab itu harus ada tekad menepis culture of contentment, budaya selesa. Apa lagi? Selesa dengan tahap pencapaian yang tak seberapa, selesa dan terus toleran dengan kerosakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap katanya ketika berucap pada majlis peluncuran sambutan Ulang Tahun ke-80 Telekom Malaysia Berhad (TM) di Universiti Multimedia (MMU) di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Peluncuran Sambutan Ulang Tahun ke-80 TM di Dewan Tun Canselor Universiti Multimedia, Cyberjaya. Foto SADIQ SANI, 26 OGOS 2026.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, perkembangan teknologi termasuk multimedia dan kecerdasan buatan (AI) kini bukan lagi pilihan sebaliknya perlu cepat direbut kerana  menjadi tuntutan zaman.

Beliau berkata, sekiraya negara ini mahu kekal dan tambah maju selain berdaulat,dan merdeka, anak muda mesti melangkah ke era baru yang tidak terjangkau pemikiran dan teknologi.

“Ini bermakna anak-anak dan generasi, ada pendedahan baru, ada pendedahan baru pada dunia dan disiplin baru.

“Hal-hal yang diterokai, yang saya tekankan tadi iaitu dalam menggapai ke langit, terhadap hal-hal yang sukar pada peringkat awal.

“Saya bangga dan hari ini saya nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Telekom Malaysia kerana bukan sekadar menjadi pengikut dalam arus ini, tetapi telah membantu kerajaan dan negara untuk mengangkat martabat kita dengan teknologi moden,” katanya. – MalaysiaGazette

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil disaksikan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengerusi TM, Datuk Zainal Abidin Putih mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Peluncuran Sambutan Ulang Tahun ke-80 TM di Dewan Tun Canselor Universiti Multimedia, Cyberjaya. Foto SADIQ SANI, 26 OGOS 2026.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here