Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mahasiswa yang dikenakan tindakan universiti hanya kerana mengkritik kerajaan atau kepimpinan negara, termasuk dirinya, sepatutnya dibebaskan daripada tindakan tatatertib. Beliau turut menegaskan kebebasan bersuara perlu diberikan kepada mahasiswa dan peraturan Hal Ehwal Pelajar (HEP) perlu dilonggarkan.















