Muhammad Faezuddin Mohd Puad

JOHOR BAHRU – Jumlah cabutan khas judi nombor ramalan dikurangkan secara rasmi kepada lapan kali setahun di bawah pentadbiran Kerajaan Madani dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezudddin Puad berkata, ini berbanding 22 kali cabutan setahun ketika Pas berada dalam Kerajaan Persekutuan.

“Persoalannya, kenapa Kerajaan Madani yang kononnya dilabel liberal la, DAP la, kerajaan ini yang turunkan? Kenapa Pas yang konon terlalu Islamik tak hapuskan terus judi ketika mereka ada kuasa?

“Jadi kalau ikut sifir Sanusi sendiri, Pas lah yang ‘celaka’ dan ‘pelaq’ kan? Tak gitu,” soalnya dalam satu hantaran dalam Facebook miliknya hari ini.

Pada 12 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan Kedah untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan yang membatalkan tindakan negeri itu menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen perniagaan bagi pengendali pertaruhan nombor ramalan.

Mahkamah Persekutuan juga memerintahkan kerajaan negeri membayar kos RM50,000, selepas panel tiga hakim memutuskan kerajaan Kedah gagal memenuhi ambang yang diperlukan bagi mendapatkan kebenaran merayu.

Susulan itu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Nor didakwa menyalahkan Perdana Menteri berhubung keputusan mahkamah mengenai lesen premis perjudian di negeri itu. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here