Pemandangan ibu kota yang tercemar akibat jerebu berikutan insiden kebakaran hutan secara terbuka yang berlaku di Kalimantan, ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 23 OGOS 2026.

KUALA LUMPUR – Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat hari ini susulan situasi jerebu yang melanda negara.

Jakim menerusi hantaran di Facebook berkata, solat hajat itu diadakan bagi memohon pertolongan dan rahmat Allah SWT ketika negara berhadapan situasi jerebu.

“Ayuh kita bermunajat agar Allah SWT mengurniakan cuaca yang baik, mengangkat segala kemudaratan serta memelihara keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan seluruh rakyat dan negara,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 20 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 11 pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencatat tidak sihat dengan 178, diikuti dengan Cheras Kuala Lumpur dengan bacaan 160.

Ia diikuti Seberang Perai (158), Minden Pulau Pinang (158), Taiping Perak (156), Sarikei Sarawak (155), dan Seberang Jaya Pulau Pinang dengan (154). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here