Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan lebih RM1.1 juta bagi membina lapan rumah baharu serta membaik pulih 23 kediaman penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam menerusi program Jelajah Ketua Menteri Melaka.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, jelajah berkenaan membolehkan kerajaan negeri menilai sendiri keberkesanan program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat, selain menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan, pelajar, nelayan, usahawan kecil dan mangsa banjir.
Dalam program itu, kerajaan negeri turut menyalurkan pelbagai bantuan termasuk kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar yang melanjutkan pengajian, 10 usahawan, persatuan nelayan serta 137 mangsa banjir.
Kerajaan negeri juga berhasrat mengembangkan Serkam sebagai destinasi pelancongan berasaskan industri makanan tradisional dan produk kampung.
#malaysiagazette #wakilrakyatuntukrakyat #KetuaMenteriMelaka
#DUNSerkam















