Kedai makan mamak dan stor barang musnah terbakar hadapan Sekolah Kebangsaan Ampang, Selangor awal pagi tadi. - Foto: JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Sebuah gerai makan mamak dan stor simpanan barang musnah terbakar dalam kebakaran di hadapan Sekolah Kebangsaan Ampang, Selangor, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.46 pagi.

Susulan itu, seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dibantu BBP Hang Tuah dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bandar Mahkota Cheras dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan dua buah kedai iaitu sebuah gerai makan mamak dan stor simpanan barang am milik individu berbeza.

“Kedua-dua premis berkenaan masing-masing terbakar kira-kira 80 peratus,” katanya dalam kenyatan hari ini.

Tambahnya, kejadian tidak melibatkan mangsa dan operasi pemadaman berjaya dilakukan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here