Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan beberapa ikhtiar penting dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) petang esok.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata amanat itu akan menyentuh kebimbangan dan kehidupan rakyat, serta tanggungjawab generasi hari ini dalam menghargai kemerdekaan negara.

“Insya-Allah, saya akan menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), petang esok.

“Hampir tujuh dekad berlalu sejak negara mencapai kemerdekaan. Kita mengenang perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang merintisnya dengan keringat, darah dan air mata, sebelum kita bermuhasabah tentang tanggungjawab generasi hari ini, dalam mengisi serta memaknakan kemerdekaan,” kata beliau.

Dalam hantaran itu, Perdana Menteri turut mengajak rakyat menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, dengan membugarkan semangat perpaduan serta menolak segala hasutan kebencian antara kaum dan agama demi keamanan negara serta kesejahteraan rakyat. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here