Laporan media berhubung insiden berkenaan.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga asing yang dipercayai terjatuh secara tiba-tiba di tengah jalan di Flyover Batu Lancang di sini sehingga hampir dilanggar kenderaan telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki disyaki warga Myanmar itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira 4.16 petang semalam.

“Pihak polis mengesan satu video berdurasi 22 saat yang tular di media sosial pada 29 Ogos memaparkan seorang lelaki secara tiba-tiba terjatuh ke tengah jalan Flyover Batu Lancang dan nyaris dilanggar sebuah kenderaan.

“Hasil siasatan mendapati suspek warga asing itu pernah ditahan polis berhubung satu kes pencerobohan rumah berasingan yang dilaporkan di Jalan Kurau, Jelutong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Video lelaki dipercayai berlakon ‘dilanggar’ demi pampasan tular

Abdul Rozak berkata, siasatan awal turut mendapati suspek disyaki mempunyai masalah kesihatan mental.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Justeru kita nasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi tidak berasas berhubung video berkenaan sehingga boleh menimbulkan kegusaran kepada pengguna jalan raya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here