KUALA LUMPUR – Krisis malpemakanan iaitu kekurangan zat atau berlebih pemakanan dalam kalangan kanak-kanak terutama di Kuala Lumpur kini pada tahap yang membimbangkan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, keadaan itu tidak boleh dilihat sebagai masalah Beban Berganda Malpemakanan (Double Burden of Malnutrition) sebaliknya beralih kepada beban bertiga (Triple Burden).
“Berdasarkan data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), bagi kanak-kanak di bawah usia lima tahun di Kuala Lumpur, prevalens kurang berat badan adalah 12.4 peratus, bantut (23.4 peratus), susut (8.1 peratus), manakala berat badan berlebihan pada angka 7.5 peratus.
“Pada masa sama, kita lihat ada susut, overweight, ada underweight, ada kurang tinggi, bantut (stunting), dan tidak termasuk kajian tentang anemia, kajian tentang kurangnya zat besi, khususnya iron deficiency disorders.
“Angka-angka ini bukan sekadar statistik semata-mata, sebalik setiap peratusan itu, wujud seorang kanak-kanak yang sedang melalui fasa kritikal pembesaran mereka dan sebuah keluarga yang menuntut sokongan kita,” katanya.

di Kompleks Komuniti Muhibah, di sini hari ini.
Beliau berucap pada Majlis Peluncuran Program Community Feeding (PCF) Bandar dan Larian kutip Merdeka Seputih yang turut dihadiri Ahli Parlimen Seputeh, Teressa Kok di Kompleks Komuniti Muhibah, di sini hari ini.
Bagi menangani krisis itu, Dr. Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan pencegahan menerusi inisiatif 1,000 Hari Pertama Kehidupan yang bermula dengan fasa kehamilan ibu sehingga anak mencecah usia dua tahun.
“Kita susuli dengan pemberian pemakanan, nutrien dan micronutrient untuk mengelakkan stunting. Jadi yang diketahui oleh sains perubatan adalah cara terbaik ditangani dalam 1,000 Hari Pertama. Jangan kita tak tahu dalam pendekatan intervensi seperti itu, Jepun, Korea (Selatan), pendek sahaja sebelum ini, sekarang mereka tinggi seperti di Europeans,” ujarnya.
Sehubungan itu, katanya, KKM komited menjadikan model PCF Bandar sebagai blueprint untuk diperluaskan ke seluruh negara, selaras dengan Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan (2023–2030). – MalaysiaGazette
















