Pasukan penyelamat mencari mangsa susulan kejadian banjir dan tanah runtuh di Xizang, China. - Foto: AFP/China Out

GYIRONG, Xizang (China) – Tiga rakyat Malaysia antara 261 warga asing dari 23 negara yang dikenal pasti masih belum dapat dikesan susulan kejadian tanah runtuh melanda Pelabuhan Gyirong di sempadan China-Nepal, Wilayah Autonomi Xizang di barat daya China pada 26 Ogos, menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

Angka terbaharu itu diumumkan pada sidang media anjuran pejabat penerangan kerajaan wilayah berkenaan selepas operasi pencarian bersama serta semakan maklumat oleh pihak berkuasa hal ehwal luar, keselamatan awam, kebudayaan dan pelancongan serta pengurusan kecemasan, lapor Xinhua.

Daripada 261 warga asing berkenaan, 104 berasal dari Nepal, 49 dari India, 33 dari Latvia, 18 dari Amerika Syarikat, 15 dari Britain, masing-masing enam dari Kanada dan Australia, empat dari Afrika Selatan serta masing-masing tiga dari Malaysia, Jerman dan Rusia.

Turut belum dapat dikesan ialah masing-masing dua warga Ireland, Estonia, Perancis, Belanda dan New Zealand, serta masing-masing seorang dari Kazakhstan, Finland, Lithuania, Portugal, Ukraine, Sepanyol dan Hungary. – BERNAMA-XINHUA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here