Pandangan Bandaraya Kuching dari Bukit Siol pagi tok. nampak jerebu makin tebal pada 22 Ogos 2026. foto Sarawak Edition

KUALA LUMPUR – Samarahan, Sarawak menjadi kawasan kedua di negara ini merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap bahaya setakat jam 11 pagi ini.

Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Samarahan mencatatkan bacaan IPU mencecah 316.

Bacaan itu meletakkan kualiti udara di kawasan berkenaan pada kategori bahaya, iaitu apabila IPU melebihi paras 300.

Awal pagi ini, Serian menjadi kawasan pertama yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tahap bahaya pada paras 364 setakat 8 pagi tadi.

Selain itu, dua kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat iaitu Kuching (297) dan Sri Aman (215).

Kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat pula antaranya ialah Sarikei (196), Sibu (189), Bintulu (182), Samalaju (173), Mukah (173), Kapit (160), Miri (157), Batu Muda Wilayah Persekutuan (153) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (153).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai bahaya.

Orang ramai khususnya di kawasan terjejas dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga serta mengurangkan aktiviti luar sekiranya keadaan udara semakin buruk.

Perkembangan bacaan IPU boleh dipantau dari semasa ke semasa menerusi portal rasmi APIMS Jabatan Alam Sekitar (JAS). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here