Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Urusan cetakan MyKad di seluruh negara dijangka mengalami gangguan sementara bermula hari ini hingga 7 September.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan, gangguan itu susulan proses peralihan daripada MyKad struktur sedia ada kepada MyKad Generasi baharu.

Sehubungan dengan itu, JPN menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak untuk membuat penukaran atau gantian MyKad supaya menangguhkan sementara urusan berkenaan sepanjang tempoh berkenaan.

“Bagi permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, ibu bapa atau penjaga juga digalakkan untuk menunggu seketika bagi membolehkan anak menerima MyKad Generasi Baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Pada masa yang sama, JPN menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang proses peralihan struktur kad pengenalan berkenaan serta memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul.

Perkembangan selanjutnya mengenai MyKad Generasi Baharu boleh didapati menerusi saluran rasmi JPN dari semasa ke semasa. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here