Tian Chua

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua menyifatkan wadah komunikasi kerajaan ketika ini sudah ketinggalan zaman.

Jelasnya, pada zaman sekarang, tanggung jawab komunikasi tidak seharusnya dipikul 100 peratus oleh Menteri Komunikasi atau ketua penerangan dan dilihat sebagai satu usaha berpusat (centralised effort).

Sebaliknya menurut beliau, kerajaan atau parti khususnya PKR perlu menggunakan kuasa, tenaga dan kreativiti mereka untuk menyampaikan mesej.

“Yang penting bagaimana kita gunakan kuasa, tenaga, kreativiti seluruh parti dan juga pergerakan yang sehaluan dengan idea-idea Keadilan ini untuk menyampaikan mesej.

“Saya rasa itu kekurangan sekarang (kerana) kita masih guna format lama (iaitu) bergantung kepada Menteri Komunikasi.

“Saya tak salahkan Menteri Komunikasi kerana dia hanya jalankan tugas tetapi keseluruhan komunikasi harus berubah,” katanya menerusi satu podcast bertajuk The Tiger Show Podcast.

Tian Chua yang juga bekas Ahli Parlimen Batu itu menjawab soalan hos yang bertanyakan isu kelemahan komunikasi kerajaan telah dibincangkan ramai pihak.

Ia menyebabkan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil terpaksa meminta maaf semasa Kongres PKR baru-baru ini dan menyatakan komunikasi kerajaan yang lemah menyebabkan terdapat maklumat tidak sampai kepada rakyat. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here