Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari bercakap kepada media ketika selepas Sesi Taklimat Sukan Asia Aichi-Nagoya dan proses kelayakan Sukan Olimpik Los Angeles 2028 di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 01 SEPTEMBER 2026.

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari tidak mengambil secara peribadi teguran yang dilontarkan Datuk Azizulhasni Awang berhubung pengurusan atlet menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Sebaliknya, beliau menyifatkan teguran berkenaan sebagai sesuatu yang positif dan boleh membantu memperbaiki pengurusan sukan negara.

“Bagi saya itu saya tidak mengambil itu sebagai peribadi. Sebab itu saya lebih suka pendekatan untuk kita berbincang,” katanya pada sidang media di lobi Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di sini, hari ini.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari bercakap kepada media ketika selepas Sesi Taklimat Sukan Asia Aichi-Nagoya dan proses kelayakan Sukan Olimpik Los Angeles 2028 di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 01 SEPTEMBER 2026.

Taufiq berkata, beliau terbuka kepada sebarang teguran kerana setiap pihak mempunyai hak untuk bersuara.

“Bukan tanggungjawab saya untuk menutup atau menyekat seseorang itu, kamu tidak boleh mengatakan ini dan itu.

“Sebab kita ada agenda yang lebih besar iaitu untuk memastikan sukan negara terus maju, hebat dan diperkasakan,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya berlaku kelemahan atau terdapat pendekatan yang tidak lagi sesuai, KBS bersedia melakukan penstrukturan dan perubahan pelan.

“Kita tidak akan hanya mengikut cara lama selama-lamanya. Jika ada perkara baharu yang boleh kita laksanakan, maka penstrukturan tersebut ataupun perubahan plan tersebut akan kita laksanakan segera.

“Pendekatan itu bukan hanya terhad kepada Azizulhasni, sebaliknya akan melibatkan semua atlet dan persatuan sukan,” katanya.

Katanya lagi, beliau akan meneruskan siri pertemuan dengan atlet termasuk mengadakan sesi town hall supaya isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan dengan lebih pantas.

“KBS, MSN, ISN, persatuan dan atlet perlu memperbaiki komunikasi bagi mengelakkan polemik serta kekeliruan dalam masyarakat,” katanya.

Selain itu, Taufiq menegaskan, setiap keputusan berkaitan pembangunan dan persiapan atlet negara perlu dibuat berdasarkan data serta fakta, bukannya emosi.

Jelasnya, pendekatan itu penting bagi memastikan sebarang keputusan yang dibuat benar-benar memberi manfaat kepada sukan negara.

“Kita buat keputusan tidak berdasarkan emosi. Kita buat keputusan berdasarkan data dan fakta setelah mengambil pertimbangan,” katanya.

Taufiq berkata, kejayaan sukan negara juga tidak boleh bergantung kepada seorang atlet sahaja kerana semua atlet yang berada dalam program pembangunan mempunyai peranan masing-masing.

“Kita yakin dengan semua atlet kita,” katanya.

Selain itu, katanya, keyakinan sahaja bagaimanapun tidak mencukupi kerana ia mesti disokong dengan pelaksanaan dan tindakan menyeluruh.

“Keyakinan itu tak boleh datang dengan hanya kata-kata dan mimpi sahaja.

“Keyakinan itu mesti datang dengan pelaksanaan, aksi yang secara menyeluruh dapat memastikan bahawa pencapaian itu dapat dilaksanakan,” katanya.

Taufiq turut mengingatkan semua pihak supaya tidak membiarkan polemik yang berlaku menjadi faktor yang memecah-belahkan barisan sukan negara.

“Kita nak mencari titik pertemuan, titik kebersamaan, titik pendamaian. Ini yang paling penting,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here