Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari bercakap kepada media ketika selepas Sesi Taklimat Sukan Asia Aichi-Nagoya dan proses kelayakan Sukan Olimpik Los Angeles 2028 di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 01 SEPTEMBER 2026.

PUTRAJAYA – Polemik membabitkan Datuk Azizulhasni Awang dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dianggap selesai selepas pelumba berbasikal trek negara itu bersetuju meneruskan khidmatnya untuk Malaysia menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, pihaknya menerima surat balasan daripada Azizulhasni pada Isnin yang menyatakan persetujuan terhadap tawaran yang diberikan.

“Semalam kami menerima surat balasan daripada Datuk Azizulhasni yang bersetuju untuk meneruskan khidmat bakti untuk Malaysia tercinta.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada KBS dan MSN atas keputusan yang dibuat,” katanya pada sidang media di lobi KBS, di sini, hari ini.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari bercakap kepada media ketika selepas Sesi Taklimat Sukan Asia Aichi-Nagoya dan proses kelayakan Sukan Olimpik Los Angeles 2028 di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 01 SEPTEMBER 2026.

Pada 4 Ogos lalu, Azizulhasni setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Sukan Komanwel Glasgow 2026 berkata, atlet berkenaan menyerahkan kepada MSN dan KBS untuk menentukan langkah seterusnya menuju LA28.

Taufiq juga berkata, selepas surat tawaran dikeluarkan, perincian berkaitan pelaksanaan, khidmat dan bantuan yang diperlukan masih perlu dibincangkan secara lebih terperinci.

Katanya, perbincangan itu akan membabitkan Azizulhasni, persatuan, MSN dan ISN bagi menentukan bentuk sokongan terbaik untuk membantu pencapaian atlet.

“Sebab itu kita perlu duduk bersekali, mencari jalan tengah, mencari jalan yang terbaik.

“Matlamat dan tujuan utama kita adalah untuk Malaysia dan mengangkat Jalur Gemilang untuk Sukan Olimpik 2028 ini,” katanya.

Beliau menegaskan, tumpuan selepas ini ialah bergerak ke hadapan dan tidak lagi terperangkap dalam polemik yang berlaku.

“Bukan untuk sesiapa, bukan untuk KBS, bukan untuk sesiapa tetapi adalah untuk negara secara keseluruhannya.

“Datuk Azizulhasni merupakan atlet yang saya sangat hormati dan segala pandangan yang dilontarkan atlet itu diterima secara positif,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here