Program First Logistic Truck Convoy SLM Group Sdn Bhd berjaya disempurnakan dari Bukit Kayu Hitam, Kedah hingga di Plaza Tol Skudai, Johor Bahru malam tadi.

JOHOR BAHRU – Program First Logistic Truck Convoy SLM Group Sdn Bhd direkodkan secara rasmi dalam Malaysia Book Malaysia Book of Records di sini, malam tadi.

Program berkenaan yang bermula di Bukit Kayu Hitam, Kedah, pukul 7 pagi semalam berakhir di Plaza Tol Skudai di sini pukul 7 petang.

Pengarah Urusan SLM Group Sdn Bhd, Then Santhanam Varsu berkata, seramai 26 kakitangan syarikat tersebut termasuk 10 pemandu dan selebhinya kru terlibat dalam program berkenaan yang julung kali diadakan.

Konvoi disertai 10 lori yang menempuh perjalanan sejauh 800 kilometer dari utara ke Selatan iaitu dari Kedah ke Johor Bahru.

“Konvoi ini disertai 10 buah lori yang menempuh perjalanan sejauh 800 kilometer dari utara ke Selatan iaitu dari Kedah ke Johor Bahru.

“Selain meraikan bulan kemerdekaan, kita juga mahu menghantar mesej bahawa industri dan perkhidmatan logistik amat penting kepada negara.

“Sektor logistik memberi satu sumbangan amat terbesar kepada ekonomi negara dan ramai tidak sedar perkara ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Konvoi berkenaan berakhir di Plaza Tol Skudai, Johor Bahru malam tadi.

Program First Logistic Truck Convoy SLM Group Sdn Bhd diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records (MBOR) di Impiana Hotel, Senai di sini malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, P Pannir Selvam.

Then Santhanam berkata, program itu juga memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya tidak bimbang dengan kehadiran lori atau kenderaan berat kerana mereka juga bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan di jalan raya.

Program First Logistic Truck Convoy SLM Group Sdn Bhd direkodkan dalam MBOR di Impiana Hotel, Senai, Johor Bahru malam tadi.

Pada masa sama katanya, syarikat terbabit turut melancarkan aplikasi sendiri untuk memudahkan perkhidmatan mereka dan keselamatan pemandu-pemandu mereka.

Sementara itu, Pannir mengucapkan tahniah atas kejayaan program tersebut selain bangga dengan semangat yang ditunjukkan terutama dalam bulan kemerdekaan.

“Saya harap pada masa akan datang program seperti ini akan diadakan lagi dan akan bergabung dengan syarikat logistic lain,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here