Rakan kepada empat remaja yang lemas ketika mandi di pantai Tanjung Lompat, Penawar, Kota Tinggi menantikan perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat

KOTA TINGGI – Seorang rakan kepada empat remaja yang lemas mendakwa kejadian di pantai Tanjung Lompat, Penawar di sini pagi tadi berlaku begitu pantas bermula dengan seorang lemas sebelum diikuti tiga yang lain.

Dia yang enggan dikenali berkata pada mulanya seramai 16 orang pergi ke pantai itu untuk berkhemah sejak semalam.

Katanya, insiden berlaku secara tiba-tiba ketika mereka sedang mandi di pesisir pantai sebelum seorang rakan iaitu Thaqif (Alif Taqiuddin Kamal Hasrul Mohamad) hanyut ke kawasan lebih dalam.

Ahli keluarga kepada empat remaja yang lemas ketika mandi di pantai Tanjung Lompat, Penawar, Kota Tinggi menantikan perkembangan operasi mencari dan menyelamat.

“Pagi tadi kami pergi berendam sekejap. Kemudian Thaqif pergi mandi di kawasan yang agak jauh sikit daripada kami. Apabila kami panggil, dia seperti tidak mendengar.

“Kami biarkan sahaja, tetapi bila kami pandang semula, kami lihat dia sudah terkapai-kapai,” katanya ditemui pemberita di pos kawalan tempat kejadian di pantai Tanjung Lompat.

Dalam kejadian pukul pagi tadi, seramai 15 remaja semuanya berusia 16 tahun berkhemah sempena cuti sekolah di pantai berkenaan dan mandi sebelum enam daripadanya lemas.

Mayat seorang daripada empat remaja yang lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Desaru, Penawar, Kota Tinggi ditemui petang ini.

Dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang awam manakala empat yang lemas hilang sebelum seorang daripadanya ditemui tengah hari ini.

Mayat pertama, Alif Taqiuddin ditemukan pukul pukul 1.15 petang manakala Muhamad Haiman Fitri Supian, Muhammad Adib Hafiz Kamal dan Mohamad Rayyan Thaqif Rayyan Rumainoor masih belum ditemui.

Dia berkata, menyedari Thaqif yang tidak pandai berenang dan berada dalam bahaya, beberapa rakan cuba memberikan bantuan, namun cuaca dan arus laut menyebabkan situasi menjadi kawalan.

Empat mangsa yang lemas ketika mandi di pantai Tanjung Lompat, Desaru, Penawar, Kota Tinggi pagi tadi

“Kami terus jerit minta tolong. Ramai yang pergi untuk bantu kira-kira lima orang, tetapi semakin ramai pula yang turut lemas dan tenggelam,” katanya.

Ujarnya, perkhemahan itu merupakan pertama kali dianjurkan berbanding pertemuan kecil sebelum ini.

“Kami amat berharap agar urusan pencarian dipermudahkan dan semua rakan yang masih hilang dapat ditemui dengan cepat,” katanya.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here