Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain bercakap pada Program Dialog Reliti dan Masa Depan Tabung Haji di Hotel Tenera, Bangi. Foto SADIQ SANI, 03 SEPTEMBER 2026.

BANDAR BARU BANGI – Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, tiada ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini.

Beliau berkata, perkara itu penting bagi memastikan TH ditadbir secara profesional dan bebas daripada gangguan politik.

“Saya tidak benarkan seorang ahli politik dalam lembaga saya.

“Saya sangat beruntung kerana saya bekerja dengan dua kerajaan yang sangat baik, kerajaan saya sebelum ini dan kerajaan ini yang memahami saya bukan seorang politik di sini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan TH di sini, hari ini.

Menurut beliau, TH tidak sepatutnya dijadikan gelanggang politik kerana institusi itu mempunyai mandat khusus untuk memberi manfaat kepada jemaah haji.

“Saya tidak mahu politik dengan TH. Saya rasa TH harus dilayan sebagai institusi kewangan Islam yang mempunyai tujuan untuk memanfaatkan haji,” katanya.

Abdul Rashid berkata, semakin cepat TH dikendalikan secara profesional, semakin baik penerimaan masyarakat Islam terhadap institusi berkenaan.

“Komposisi Lembaga Pengarah TH ketika ini terdiri daripada individu profesional daripada pelbagai latar belakang dan mempunyai tahap integriti serta reputasi yang tinggi,” katanya.

Katanya, pelantikan itu turut mengambil kira prinsip ‘fit and proper’, selain keseimbangan kemahiran dan pengalaman yang diperlukan bagi meneruskan agenda transformasi TH.

“Alhamdulillah, saya boleh beritahu anda saya mempunyai lembaga yang hebat sekarang dan mereka semua datang daripada latar belakang sangat berdisiplin dengan integriti tinggi dan reputasi.

“Mereka bekerja dengan baik dengan saya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here