BANDAR BARU BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) kini berada di landasan pemulihan selepas melalui proses pembersihan serta pengukuhan semula kedudukan kewangannya.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Hussin berkata, proses transformasi yang dilaksanakan membolehkan TH memperkukuh kedudukan kewangan dan meningkatkan prestasinya dalam tempoh tiga tahun lalu.
Antara perkembangan positif itu ialah peningkatan keuntungan serta dividen yang diberikan kepada pendeposit.
“Kami sangat dalam perjalanan ke pemulihan dan kami telah melakukannya.
“Kami bersihkan balance sheet (kunci kira-kira), mula membangunkan balance sheet, telah mengembalikan segalanya dan memasang segala jenis (tadbir urus),” katanya.
Menurut beliau, hasil perubahan berkenaan dapat dilihat melalui prestasi TH yang kini semakin berkembang.
“Kami meningkatkan keuntungan, kami meningkatkan dividen selama tiga tahun dan kami sangat yakin perjalanan ini adalah sepenuhnya (di landasan yang betul),” katanya.
Katanya lagi, perkembangan itu menunjukkan kepentingan memastikan TH terus dikendalikan secara profesional dan mempunyai sistem kawal selia yang kukuh.
“Pendekatan itu penting demi memastikan kepentingan serta keyakinan pendeposit terus terpelihara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
















