Tertuduh, Mohd Zaidi Mohtar, 44, dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini selepas mengaku bersalah menceroboh sebuah masjid di sini bulan lalu.

MELAKA – Bekas komando dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini selepas mengaku bersalah menceroboh sebuah masjid di sini bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Zaidi Mohtar, 44, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menceroboh dengan memasuki ruangan bilik bilal Masjid Al Wathoni, Bukit Pegoh, Bukit Larang, Telok Mas, di sini sekitar jam 2 pagi, 11 Ogos lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes kira-kira jam 6.40 pagi 13 Ogos lalu, pengadu yang berada di masjid berkenaan dimaklumkan bilal bahawa wang tabung masjid di bilik bilal hilang sebanyak satu ikat dianggarkan RM70 yang diletakkan di dalam peti wang yang tidak berkunci.

Pengadu kemudian memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali memasuki masjid melalui ruang muslimah sebelum menuju ke bahagian dalam masjid.

Terdahulu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) tertuduh memohon hukuman rendah terhadap tertuduh yang juga seorang duda kerana tiada pendapatan dan masih mencari pekerjaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Alia Safri bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap tertuduh bermula dari tarikh ditangkap. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here