Mayat mangsa ditemui di bahagian pemandu kereta berkenaan.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta di kawasan parkir sebuah perumahan di Lebuh Sungai Pinang 7 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 6.59 petang.

“Mangsa berusia 62 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Mayat mangsa ditemui di bahagian pemandu kereta berkenaan.

“Pemeriksaan ke atas mangsa dan lokasi kejadian  tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Lelaki berkenaan juga merupakan penduduk setempat di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Tambah beliau, satu laporan mati mengejut (LMM) dibuka bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Terdahulu, mangsa ditemukan penduduk di tempat duduk pemandu selepas mereka berasa curiga melihat lelaki berkenaan tidak bergerak, sedangkan enjin kenderaan masih hidup. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here