Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Majlis Perasmian Karnival Anak Muda Negeri Melaka di Dataran MITC, Melaka. Foto SADIQ SANI, 04 SEPTEMBER 2026.

MELAKA – Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengajak semua anak muda warga penghantaran makanan (p-hailing) di negeri ini untuk bersama-sama ‘birukan Melaka’.

Laungan itu bergema di hadapan kira-kira 3,000 warga p-hailing yang hadir pada Majlis Perasmian Pembukaan Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini malam ini.

Sorakan itu dilontarkan Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri ketika berinteraksi dengan warga p-hailing yang rata-ratanya mengenakan baju biru pada karnival malam ini.

“Kita geng…(disambut sorakan biru) Kita geng…(biru).

“Kita birukan Melaka boleh?,” katanya sambil menunjuk baju biru karnival dipakainya malam ini.

Terdahulu dalam ucapannya Ab Rauf mengakui ada pihak mempersoalkan usaha beliau turun padang bersama komuniti p-hailing beberapa hari lalu, malah menyifatkannya sebagai ‘wayang pilihan raya’.

“Tidak mengapa. Biarlah apa jua tohmahan atau prasangka yang mahu dilemparkan.

“Kerja kita bukan untuk menjawab setiap tohmahan. Kerja kita adalah untuk terus turun, mendengar sendiri dan mencari jalan bagaimana kerajaan boleh membantu rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here