Gambar ihsan laman Facebook Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR – Alat timbang dan sukat digunakan untuk urusan perdagangan perlu diperiksa dan diuji supaya bacaan  tertera yang tepat dan sesuai digunakan bagi mengelak pembeli menanggung kerugian.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, pemeriksaan perlu dilakukan bagi memastikan orang ramai membayar harga setara dengan barangan yang dibeli.

“Pernah tak kita beli ayam, ikan atau buah di pasar dan terus percaya sahaja angka yang tertera pada penimbang?

“Kita jarang terfikir sama ada penimbang itu betul-betul tepat atau tidak. Apa yang kita buat sekadar timbang, bayar dan bawa pulang

“Sebab itu wujud proses penentusahan atau tentusah. Mudahnya, kalau kita bayar untuk 1kg, kita sepatutnya terima 1kg,” ujarnya dalam hantaran menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Menurut beliau, tentusah bukan sekadar soal cop atau sijil pada alat timbang tetapi mekanisme untuk memastikan urusan jual beli berlaku secara adil dan pengguna peroleh apa yang mereka bayar.

Ujar Fuziah, tentusah termaktub di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 yang mana pesalah yang disabitkan boleh dikenakan denda sehingga RM40,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, hukuman tersebut menunjukkan betapa seriusnya soal ketepatan timbang dan sukat kerana kementerian tidak mahu pengguna yang terpaksa menanggung kerugian. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here