Bekas Pengarah Besar Felda ditahan reman bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa membabitkan pelantikan syarikat pemaju bagi sebuah projek di ibu negara serta urusan penjualan tanah milik badan berkanun itu.
Majistret Putrajaya Ezrene Zakariah pada prosiding membenarkan permohonan reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 11 September.















