Wong Hon Wai.

GEORGE TOWN – Pulau Pinang bakal menerima dua laluan penerbangan terus antarabangsa baharu dari Haikou, Hainan dan Batam, Indonesia masing-masing pada Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata, Hainan Airlines akan memulakan penerbangan terus dari Haikou ke negeri ini pada 11 Oktober, manakala Batik Air akan memulakan penerbangan terus dari Batam ke Pulau Pinang pada 18 Oktober.

Katanya, kedua-dua laluan baharu itu dijadualkan bermula pada suku keempat tahun ini dan akan mengukuhkan lagi jaringan penerbangan antarabangsa Pulau Pinang.

“Perkhidmatan terus baharu Hainan Airlines dari Haikou ke Pulau Pinang itu bakal mewujudkan hubungan udara baharu antara Pulau Pinang dan Wilayah Hainan, China.

“Pada masa sama, Batik Air akan memulakan perkhidmatan terus baharu dari Batam ke Pulau Pinang pada 18 Oktober, sekali gus mengukuhkan hubungan udara antara Pulau Pinang dan Kepulauan Riau, Indonesia,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Hon Wai berkata, kerajaan negeri sejak beberapa tahun kebelakangan ini aktif memperkukuh dan memperluaskan jaringan penerbangan antarabangsa dengan menggalakkan hubungan udara terus antara Pulau Pinang dan bandar utama antarabangsa.

Menurutnya, usaha berkenaan menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah pergerakan penumpang antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) terus meningkat.

“Berdasarkan data LTAPP, lapangan terbang itu merekodkan 2,646,500 pergerakan penumpang antarabangsa dari Januari hingga Julai tahun ini berbanding 2,381,520 dalam tempoh sama tahun lalu.

“Ini merupakan peningkatan sebanyak 264,980 pergerakan penumpang atau 11.13 peratus.

“Pertumbuhan itu mencerminkan peningkatan berterusan dalam hubungan udara antarabangsa Pulau Pinang dan menunjukkan usaha kerajaan negeri memperluaskan laluan antarabangsa serta membangunkan pasaran sumber pelancongan baharu secara beransur-ansur membuahkan hasil positif,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here