Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hadir merasmikan Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Pintar Kumpulan Tol IJM melibatkan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).

KUALA LUMPUR – Faktor kecuaian manusia dikenal pasti menjadi penyumbang utama kepada 85.4 peratus daripada 26,675 kes kemalangan yang direkodkan di lebuh raya bertol di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, turut direkodkan 839 kes kemalangan maut berdasarkan data menerusi Sistem Pangkalan Data Kemalangan Jalan Raya Lebuhraya Malaysia (MHROADS).

“Manakala baki 14.6 peratus lagi berpunca daripada faktor kenderaan serta persekitaran dan data ini penting bagi mengenal pasti lokasi berisiko dan merancang intervensi keselamatan.

“Penambahbaikan ini sebenarnya bermula daripada kita sendiri. Jika tidak memandu dengan berdisplin, tidak patuh pada undang-undang, sudah tentu kita boleh menyumbang kepada kemalangan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi merasmikan Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Pintar Kumpulan Tol IJM melibatkan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).

Terdahulu beliau merasmikan Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Pintar Kumpulan Tol IJM melibatkan Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE) dan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS).

Bagi mengatasi kes keselamatan di lebuh raya bertol, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dengan kerjasama IJM Corporation Berhad dan Kumpulan Tol IJM memperkenalkan Pusat Kawalan Trafik Lebuh Raya Pintar.

“Pelaksanaan ini dipandu oleh Pelan Hala Tuju Sistem Pengangkutan Pintar Malaysia 2030 yang merangkumi penggunaan kecerdasan buatan (AI), analitik data raya, Internet Kebendaan (IoT), maklumat perjalanan masa nyata dan pusat pengurusan trafik bersepadu.

“Menerusi inisiatif ini, keadaan trafik di lebuh raya tersebut dipantau secara 24 jam melalui 873 kamera litar tertutup (CCTV) dan 278 papan tanda mesej elektronik (VMS).

“Sistem ini membolehkan kejadian seperti kemalangan, kenderaan rosak, objek di atas jalan, penurupan lorong, kesesakan luar biasa dapat dikesan dengan lebih awal.

“Maklumat itu membolehkan tindakan segera diselaraskan serta amaran disampaikan kepada pengguna melalui VMS, aplikasi navigasi, media sosial dan saluran maklumat trafik,” jelasnya.

Ujarnya lagi, penyelarasan antara Pusat Pengurusan Trafik (TMC) LLM dengan pusat pengurusan trafik syarikat konsesi amat penting khususnya ketika waktu puncak, musim perayaan, kemalangan besar, bencana dan cuaca buruk.

Pada masa sama, Alexander juga berharap inisiatif seperti Pusat Kawalan Trafik Lebuh Raya Pintar dapat diperluaskan ke semua 34 lebuh raya bertol di negara yang melibatkan 2,151 kilometer. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here