KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat kebenaran untuk menyambung reman terhadap seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah badan berkanun Persekutuan berkaitan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah dalam perlantikan syarikat pemaju bagi sebuah projek di Kuala Lumpur.
Perintah reman selama empat hari bermula 10 September sehingga 13 September 2026 terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakaria selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi sebaik tempoh reman asal terhadap suspek tamat hari ini.
Sebelum ini suspek telah ditahan reman selama tiga hari sejak Isnin lalu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette
















