Anggota bomba memutarkan semula mesin berkenaan ke arah bertentangan bagi membebaskan tangan mangsa selepas diberikan bius sebelum tangan mangsa berjaya dilepaskan daripada mesin dalam tempoh kurang lima minit.

ALOR GAJAH– Kesemua jari tangan kiri seorang operator wanita hancur dan putus selepas tersepit pada mesin pengisar sebuah kilang memproses makanan di Kawasan Perindustrian Kelemak di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10.50 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun mengalami kecederaan parah sebelum pasukan bomba dikejarkan ke lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Shahrom Laji berkata, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah bergegas ke kilang berkenaan selepas menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, setibanya pasukan di lokasi, didapati tangan kiri mangsa tersepit pada mesin grinder (pengisar).

“Kesemua jari tangan kiri mangsa hancur dan putus akibat tersepit pada mesin berkenaan. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan bius sebelum operasi membuka mesin grinder dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, selepas prosedur bius dilaksanakan, anggota bomba memutarkan semula mesin berkenaan ke arah bertentangan bagi membebaskan tangan mangsa.

“Hasil tindakan itu, tangan mangsa berjaya dilepaskan daripada mesin dalam tempoh kurang lima minit,” katanya.

Mangsa kemudiannya menerima rawatan lanjut di hospital dalam operasi itu yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I Hanizah Jaafar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here