Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AIZAT ZAINAL, 11 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah berhasrat menggunakan pendekatan ‘tebuk atap’ bagi mengubah kedudukan politik negara, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, Presiden UMNO itu memberi bayangan parti mempunyai pendekatan lain sekiranya ada pihak memilih untuk menggunakan kaedah berkenaan.

“Kita tidak pernah berhasrat untuk tebuk atap. Kalau mereka mahu begitu, ada cara lain kita mahu melakukan tindakan,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), hari ini.

Kenyataan itu dilontarkan Ahmad Zahid sambil tersenyum, sebelum kedengaran pelbagai reaksi daripada perwakilan di dalam Dewan Merdeka.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan bentuk tindakan atau “cara lain” yang dimaksudkan, sekali gus menjadikan kenyataan itu antara perkara yang mencuri perhatian dalam ucapan dasarnya.

Sebelum itu, Ahmad Zahid menyentuh mengenai kemelut politik yang berpanjangan dan mengingatkan bahawa UMNO bukan parti yang menjanjikan kemenangan segera seolah-olah semua masalah boleh diselesaikan pada keesokan harinya.

Pendekatan UMNO, katanya, adalah untuk memastikan sebarang langkah politik yang diambil tidak dilakukan secara terburu-buru, sebaliknya berdasarkan pertimbangan dan strategi yang tepat. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here