Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 11 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai ucapan yang jelas mengenai hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya akan datang.

Menurutnya, ucapan berkenaan turut memberikan gambaran bahawa UMNO dan BN sedang bersiap untuk kembali menerajui pentadbiran negara.

“Hala tuju, ucapan yang jelas tentang hala tuju UMNO dan Barisan Nasional untuk pilihan raya akan datang.

“Saya rumuskan daripada ucapan ini, ini merupakan ucapan seorang bakal Perdana Menteri dan ucapan sebuah kerajaan yang bakal dibentuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mendengar ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Dewan Merdeka, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), hari ini. – MalaysiaGazette



IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here