Gambar JPJ Pahang

KUANTAN – Sebuah lori semi treler kargo am disita selepas muatan gelung besi dibawanya jatuh dan menjejaskan sebuah kenderaan lain dalam kejadian di hadapan Kilang MCKIP Gebeng, Jalan Pintasan Sungai Ular di sini baru-baru ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataannya berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira 10.30 pagi pada 9 September lepas.

“Hasil pemeriksaan mendapati, Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan pemeriksaan treler telah tamat tempoh.

“Pemandu yang merupakan rakyat tempatan turut dikesan melakukan beberapa kesalahan termasuk tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL), tiada Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL), membawa muatan dengan cara berbahaya serta menyebabkan muatan jatuh,” katanya.

Justeru, katanya, notis saman JPJ 222 telah dikeluarkan terhadap pemandu, manakala pemilik pula disiasat di bawah Seksyen 57 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Tambahnya, lori semi treler kargo am terbabit turut disita di bawah Seksyen 80 (1) akta yang sama.

JPJ Pahang mengingatkan semua pengusaha dan pemandu kenderaan perdagangan supaya memastikan kenderaan serta muatan sentiasa berada dalam keadaan selamat bagi mengelakkan risiko kepada pengguna jalan raya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here