Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Pembukaan PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2026 di di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 10 SEPTEMBER 2026.
KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghargai rakan-rakan lamanya dari zaman Pemuda UMNO yang masih setia bersama beliau sehingga hari ini.
Ketua UMNO Bahagian Bera itu turut berharap persahabatan mereka akan kekal hingga akhir hayat walaupun ada yang sudah berbeza parti politik.
“Seronok sekali-sekala dapat berkumpul semula dengan sahabat seperjuangan yang pernah bersama-sama dalam satu kapal Pemuda UMNO suatu ketika dahulu. Banyak cerita, banyak kenangan dan macam-macam perkara yang dibualkan.
“Dalam umur seperti kami ini, hanya dua kumpulan yang perlu ada iaitu keluarga yang bahagia dan sahabat-sahabat yang setia dan menyayangi kita. Yang seronoknya, walaupun ada di kalangan kami dari parti-parti yang berbeza tapi persahabatan tetap erat dan kasih sayang tetap kekal seperti dulu dan tidak berubah.
“Bila dah berkumpul, macam-macam cerita zaman Pemuda kembali dikenang. Walaupun kini kami melalui perjalanan, peranan dan tanggungjawab masing-masing, namun persahabatan yang terjalin sejak dahulu tetap utuh,” katanya di media sosial di sini hari ini.
Beliau berkongsi rasa gembira itu apabila dapat berkumpul bersama rakan-rakan ketika zaman Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang berlangsung sejak Rabu hingga hari ini.
Ismail Sabri memulakan karier politiknya pada tahun 1993 apabila beliau dipiih pula sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Bera,  Timbalan Ketua Bahagian pada 2001 dan menjadi Ketua UMNO Bahagian Bera sejak tahun 2004.
Beliau merupakan Naib Presiden UMNO dan juga bekas perdana menteri kelapan selain pernah memegang beberapa jawatan menteri Kabinet. – MalaysiaGazette
Ahli Parlimen Bera yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hadir pada Pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 11 SEPTEMBER 2026.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here